Tentang Karyawan Luar Negara


GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA: SUATU SOROTAN

(dikemaskini pada 23 Julai 2009)
dipetik daripada laman web http://karyawanluarnegara.com/?page_id=251/
Logogkln
GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA (GKLN) mulai dibentuk sekitar tahun 2005 di Dublin, Ireland, oleh sekumpulan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sana. Ketika itu GKLN dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland (GKI) dengan jumlah ahlinya yang terawal mencapai 20 orang sahaja. Aktiviti-aktiviti GKI lebih terfokus kepada perkongsian karya, berita sastera, tips-tips penulisan dan kertas-kertas kerja penulis serta pengkaji sastera yang lain yang semuanya beroperasi secara atas talian (online).


Di samping itu GKI turut menjemput beberapa orang penulis muda dan mapan untuk membantu membimbing ahli-ahli GKI dalam berkarya melalui ulasan dan komentar yang diberikan secara maya, iaitu mel elektronik dan perkhidmatan yahoomessenger. Kegiatan luar talian (offline) GKI bermula dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) yang mengadakan bengkel penulisan bersempena program Cuti-cuti Musim Bunga sekitar Mac-April tahun yang sama.


penyampaianhadiah1Pada bulan Ogos 2005, GKI dan PPIMI sekali lagi bekerjasama menganjurkan Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-UK tahun 2005 buat pertama kalinya. Sayembara yang berlangsung selama tiga bulan tersebut mendapat sambutan di luar dugaan apabila sebanyak hampir 30 buah sajak telah diterima untuk dinilai. Encik Shamsudin Othman telah bertindak sebagai hakim bagi sayembara tersebut dan majlis penyampaian hadiah berlangsung di Waterford, Ireland sempena program Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland 2005 (PUISI 2005).

Selepas berakhirnya sayembara pada tahun 2005, didapati jumlah ahli GKI telah meningkat secara mendadak. Lebih mengujakan lagi apabila terdapat banyak permohonan untuk menjadi ahli di kalangan pelajar-pelajar luar Ireland-United Kingdom termasuklah Australia, Rusia, Jepun, dan United States. Atas desakan tersebut maka GKI telah diubah namanya kepada Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan keahliannya dibuka kepada pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia sehingga kini.

Terkini, GKLN mempunyai sekitar 360 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, Sudan, India, Indonesia, New Zealand, Deklamasi puisi oleh Salsabila dalam Malam Apresiasi Seni Asosiasi Islam 2007, DublinMaghribi, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mempunyai latar belakang pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya. Bagi membantu melicinkan aktiviti, GKLN telah melantik beberapa orang moderatordari setiap negara bagi membantu menguruskan aktiviti GKLN di negara tersebut. Bahkan pada tahun 2007, komuniti Grup Karyawan Luar NegaraUnited States (GKLN-US) dan Grup Karyawan Luar Negara Morocco (GKLN-Morocco) telah diwujudkan. Selain daripada itu, kegiatan berorientasi sastera dan penulisan kian berkembang di negara-negara lain sehingga wujudnya Ikatan Penulis Mahasiswa di Indonesia (IPEM) yang turut bernaung di bawah GKLN.

Pada tahun 2006, GKLN meneruskan lagi Sayembara Puisi Berunsur Islam Ireland-UK II yang dihakimi oleh penulis muda tanah air, Nimoiz TY dan Nasriah Abdul Salam. Pada tahun 2007-2008 pula GKLN mula memberi tumpuan kepada penulisan cerpen melalui penganjuran Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008 yang mendapat sambutan menggalakkan. Sayembara ini yang telah dihakimi oleh Hafez Iftiqar, Rebecca Ilham, Adibah Abdullah dan Fahd Razy serta karya-karya terpilih dimuatkan dalam antologi khas Mengemis Di Kota Larangan. Bagi tahun 2008/2009 pula, Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN pula telah diadakan yang mendapat sambutan meriah daripada ahli.


bengkelpenulisan6Pada bulan Februari 2007 GKLN telah menganjurkan sidang bengkel maya (secara online conference) dengan kerjasama Adabuna, komuniti penulis dari Timur Tengah. Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dijayakan oleh tiga orang pembimbing berpengalaman iaitu Puan Nisah Hj Haron, Faisal Tehrani, dan Zaid Akhtar. Selain daripada itu, GKLN turut terlibat melalui persembahan deklamasi sajak dalam beberapa majlis dan acara anjuran persatuan di luar negara seperti PPIMI, PPIMG dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM). Pada Ogos 2007 pula, GKLN telah berkerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) bagi menjayakan Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara di Mandarin Court Hotel dengan bimbingan Puan Zaharah Nawawi, Puan Salmiah Ismail, Pn Nisah Haron, dan Faisal Tehrani. Bengkel yang sama turut berlangsung pada Ogos 2008, dengan dibimbing oleh YM Tuan Norizan atau lebih dikenali sebagai Ana Balqis.
Melalui penubuhan GKLN/GKI banyak bakat penulis baru dan lama yang berpotensi telah dapat dicungkil dan dikenal pasti, terutamanya dalam penulisan puisi dan cerpen. Selain mendapat tempat dalam beberapa buah sayembara, sebahagian ahli GKLN turut berjaya menembusi media cetak tanah air. Antara yang karyanya pernah muncul di akhbar dan majalah tempatan dan luar negara termasuklah Adibah Abdullah, Hilal Asyraf, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Rebecca Ilham, Alirfan Jindullah, Syafiq Zulakifli, Nurul Lailati Mahat, Siddiq Osman, Sarah Mohd Shukor, Hazwan Arif Haqimi, Fahd Razy, Zaki Isa, Rahman D, dan Khairil Idham Ismail.
Bengkelpenulisan3
Melalui sokongan serta penglibatan aktif para ahli, usaha menggalakkan dan mengukuhkan kegiatan penulisan dan sastera di kalangan pelajar luar negara diharap dapat terus giat dan bersubur, sekaligus menyumbang kepada pengayaan khazanah sastera tanah air.


Senarai penerbitan GKLN
1) Al Andalus Menangis, antologi puisi. 2006
2) Wilayah Cinta, antologi puisi. 2007
3) Jalan Jauh ke Ramallah, antologi cerpen. 2007
4) Mengemis di Kota Larangan, antologi cerpen. 2008
5) Bahasa Bumi, antologi puisi. 2008
6) Menggeledah Nurani, kumpulan puisi. 2008
7) Badar Metropolitan, antologi puisi. 2009
8) Juzuk, antologi puisi. 2010 <updated>

Kegiatan GKLN
1) Sayembara Puisi Berunsur Islam UK-Ireland 2005
2) Sayembara Puisi Berunsur Islam UK-Ireland ke II 2006
3) Sayembara Cerpen Berunsur Islam GKLN 2008
4) Sayembara Puisi Berunsur Islam GKLN 2008/2009
5) Bengkel Penulisan bersempena program Cuti-Cuti Musim Bunga, GKLN-PPIMI, 2005
6) Bengkel Penulisan Islami atas Talian, GKLN-Adabuna, 2006.
7) Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara I, GKLN-DBP, 2007
8) Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara II, GKLN-DBP, 2008
9) Deklamasi Puisi dalam program-program anjuran persatuan pelajar termasuk PPIMI, PPIMG, dan IMAM UK-Eire.
10) Sumbangan buku di perpustakaan IPT di negara terpilih.
11) Perkongsian pengalaman bersama pelajar-pelajar Kolej MARA Seremban (2009) berkenaan Malay A1, sastera, dan Extended Essay.