Dandelion



Antologi Dandelion, Karyawan Luar Negara
Harga: RM 25 (termasuk kos penghantaran)

“Dandelion” adalah satu antologi puisi yang mengumpulkan penulis-penulis muda Luar Negara daripada pelbagai latar dalam satu wadah dengan puisi berunsur Islam yang merangkumi tema segenap kehidupan seperti dakwah dan tarbiyah, sejarah dan ketamadunan Islam ,aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, kritikan sosial dan sikap umat Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam,  selari dengan kesyumulan Islam itu sendiri.

            Antologi ini mengandungi 124 puisi daripada 62 orang penulis dari seluruh pelusuk dunia. Dengan latar belakang suasana, politik, sosioekonomi yang unik, penulis-penulis  muda dari Amerika, Eropah, Timur Tengah, Asia Timur, Indonesia, Australia, New Zealand serta tidak ketinggalan dari Malaysia sendiri  menukilkan bait-bait dan menyusun madah Islami dalam rangkap-rangkap indah; merakamkan pengalaman, pemahaman serta pemerhatian mereka tentang Islam dengan itu membuktikan bahawa Islam itu sempurna, serta sesuai pada semua masa dan tempat. Lalu, dengan kepelbagaian ini, puisi-puisi yang dikumpulkan ini mempunyai keistimewaan yang antara satu benua dengan satu benua yang lain dan penuh kepelbagaian daripada segi penulisan, pemilihan kata dan gaya bahasa, dan pengunaan unsur-unsur sastera seperti metafora, simile serta personafikasi.

Secara ringkas, “Dandelion” adalah satu wadah yang mengabadikan suara bicara penulis-penulis muda yang insaf dan sedar bahawa penulisan adalah salah satu cabang usaha dakwah yang dapat memartabatkan Islam dan adalah bukti penyaksian mereka sebagai seorang Muslim.